@k3w1n |

SIM percuma dari TuneTalk

Mahukan anda mendapatkan SIM CARD percuma ?
Anda tidak perlu berfikir lagi kerana dengan TuneTalk anda boleh mendapatkan sim card percuma.

Anda hanya perlu mempunyai kad pengenalan atau pun passport yang masih sah kerana ia akan digunakan bagi proses pendaftaran. Setiap kad pengenalan hanya layak untuk mendapatkan 1 sim card percuma .

Hanya layari TuneTalk website dan daftar secara percuma. dan sim card anda akan dihantar kepada alamat yang anda berikan.Pengalaman saya ,sim card ini dihantar mengunakan perkhidmatan POSLAJU .

sim card percuma dari TuneTalk

Bagi yang berusia 25 Tahun kebawah anda akan mendapat Youth by TuneTalk Sim pack .
Anda boleh request sama ada ingin mendapatkan normal ,micro atau nano sim card size .
Dan yang paling bagus tentang program ini ialah anda boleh memilih nombor telefon yang anda inginkan.



Permohonan semula Pakej Komunikasi Belia


Sudahkah anda menebus Rebat Pakej Komunikasi Belia yang diberikan kerajaa sebelum ini ?
Saya adalah antara belia yang tidak sempat untuk menebus semula rebat ini.Rebat saya telah luput sebulan yang lalu iaitu pada 7 April.

Selepas sebulan saya telah cuba untuk mendaftar semula Rebat ini, mana tahu ada  rezeki.
Seperti screenshhot yang saya ambil dari website SKMM, permohonan semula boleh dilakukan sebulan selepas tarikh luput Rebat .Namun  hampa kerana sistem tidak menerima permohonan saya,

Permohonan semula ini saya lakukan pada hari ini 9 May.Harap pihak SKMM dapat mengatasi masalah ini.


rebat telefon dari SKMM untuk belia

Mengundi Hak Anda

5 May 2013 adalah tarikh bersejarah kerana PRU 13 akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Kepada mereka yang telah daftar mengundi ,silalah mengundi.Jalankan kewajiban anda sebagai Rakyat Malaysia yang menentukan masa depan negara Malaysai.Kepada yang masih tidak tahu akan lokasi pusat pengundian ,sila semak di laman web SPR.

undi adalah rahsia

Ingat,UNDI anda adalah rahsia dan jangan lupa bawah kad pengenalan ketika pergi mengundi.

Software yang mesti ada di netbook anda.

Seperti yang tertulis pada tajuk post saya pada kali ini,anda sudah tentu dapat menjangka apa yang akan saya kongsikan pada hari ini. Software yang mesti ada di netbook anda.

Screenshot di bawah pasti dapat memberikan gambaran jelas akan software yang saya telah install di netbook.Buat pengetahuan anda,saya menggunakan netbook Lenovo Ideapad S110.Baru menggunakan netbook ini selama beberapa minggu setelah laptop lama saya yang telah banyak berjasa iaitu  Acer Aspire 4315  mempunyai masalah motherboard..Laptop acer ini telah 5 tahun saya gunakan sejak sebelum rosak.

Antara sotware yang ada pada netbook ini ialah.
  • CCleaner ialah windows utility yang digunakan untuk membersihkan fail sampah/sementara dan registry key yang bermaslah atau tidak berguna pada windows sistem anda.Selain itu ia turut membersihkan jejak aktiviti internet anda
  • DriverEasy berguna untuk mendapatkan driver yang terbaru dan sesuai untuk hardware dalam pc anda.Selain itu ia turut backup dan restore driver pc anda setelah siap format
  • EasyBCD memberi anda kawalan untuk mengubah Bootloader untuk windows vista,7,8.Amat sesuai untuk mereka yang dual-boot windows dgn Linux
  • Foxit Reader ialah software untuk membaca fail berformat PDF.Alternatif terbaik kepada Adobe Reader
  • Google Chrome ialah browser pilihan saya untuk melayari internet.Boleh tambah pelbagai Adds On .
  • Internet Download Manager meningkatkan kelajuan download anda sehingga 5 kali ganda dan anda boleh resume downlaod. yang anda hentikan.
  • Microsoft Office ialah aplikasi office untuk anda.Saya guna home office saja .Bolehlah kalau sekadar taip surat,buat slideshow ,excel .
  • Paint.Net ialah image editor
  • Perfect Disk ialah software untuk defrag hard disk anda agar lebih laju
  • Recuva digunakan untuk recover data yang telah didelete.
  • SafeIP berguna ketika anda melayari internet.Anda boleh melindungi IP yang digunakan dan melayari website yang telah diblock.
  • VLC or Winamp ialah multimedia player yang digunakan untuk saya mendengar lagu dan menonton movie yang saya download.Dan yang penting ia free.
  • Winrar ialah data compression .Anda boleh compress fail anda  yang bersaiz besar agar dapat menjimatkan ruang dalam hard disk anda.Selain itu,ia berguna untuk mengekstrak fail berformat .rar
  • Microsoft Security Essentials ialah antivirus yang saya gunakan.free dari microsoft.
  • Revo Uninstaller digunakan untuk membuang software yang tidak diingini di dalam pc anda.Alternatif terbaik kepada  windows uninstaller



software wajib untuk laptop

Untuk pengguna biasa,software2 seperti yang saya share ini sudah cukup untuk diinstall didalam netbook anda..Tak payah nak install segala garbage software yang jarang anda gunakan.Contohnya software untuk dvd burner kerana netbook tidak mempunyai internal dvd player/burner.Namun tidak salah untuk install jika anda mempunyai external dvd burner.
Close
 
© Kewin Blog 2008-2012 | Best View in GOOGLE CHROME.
Web Analytics Creative Commons License Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com